Kehidupan di perantauan.

Hey! Sihat ke tu? Lama tak post kan, macam chipsmore kejap ada kejap hilang. Sorry lah agak busy sekarang dengan tanggungjawab :') Aku hutang ekk nak cerita pasal kehidupan aku sebagai anak perantau haa gituuu walaupun duduk satu negeri je dengan makpak aku HAHAHAHAH


Awal tahun 2020, aku buat keputusan untuk merantau. Mana tak nya, dah setahun habis degree masih tak dapat kerja. Biasalah kita target company besar, dah email dah call gitu juga respond nya aaa maleh aku. Selama setahun tu juga aku teruskan buat business bouquet and popia nestum. Auchh rindunya! Aku ada kawan dekat Puchong, which is kawan sekolah aku. Tumpang rumah dia lah masa tu gigih dia ambil cuti teman aku cari kerja. Seingat aku masa tu hari Jumaat, struggle nya jalan satu satu dekat bangunan yang ada banyak company. Macam macam pengalaman weh, ada company tu siap cakap "yes, we open for vacancy but kita tak ambil Malay." Tersentak ekk rasa. Tapi takpelah, Alhamdulillah I found the best company ever! Terima kasih untuk kawan kawan aku yang banyak menolong. Takpayah lah aku cerita detail eh? Cukuplah jadi kenangan terindah untuk aku.


Aku kena interview dengan seorang kakak ni, nervous ekk gigil aku time tu. Company kecil je tapi kuat instinct aku cakap kalau dapat offer ni terus je onzzz. Taktau kenapa. Lepas 3 tahun kerja sana baru aku tahu kenapa instinct aku macamtu, and of course aku lebih kuat untuk percayakan instinct aku dalam apa pun aku buat. Alhamdulillah wehh balik dari interview tu after sejam kot kakak tu call tanya boleh masuk kerja seawal mungkin tak. Aku jemmm kejap hahahahha sebab on weekend dah janji nak staycation dengan my girls (kawan kawan degree walaupun time diploma dah kenal tapi tak rapat HAHAHHA). But that kakak cakap it's okay dia bagi aku masa, so hari Selasa tu kot aku start kerja. Takde bilik sewa lagi, gamble jelah tumpang rumah kawan tu for a month. Lepastu aku cari bilik sewa, ada privacy sikit and taknak susahkan orang. Banyak sangat dah susahkan orang :')


Say what, after a week kerja situ baru aku jumpa my two bosses. Chinese, sorang lelaki and sorang perempuan. Few months kerja, they see my improvement. Asalnya aku masuk as Junior Admin Assistant je wehhh. Lama lama dorang nampak aku boleh buat editing and nampak aku boleh buat more than that. Sebak wehh aku time type ni bergenang airmata, they appreciate me!! Hujung tahun cam beshe dorang memang bagi bonus, oh ya sebab after 3 months macamtu masuk terus PKP pulak dahh. Dorang tak pernah potong gaji wehh, kena work from home tapi macam tak kerja sebab tak ada apa nak buat pun weh. Gaji tetap masuk, nikmat apa lagi yang kau nak dustakan. Then hujung tahun haa ada appraisal kan. Boss bagi aku bonus weh. Aku cakap takpe ke sebab aku tak sampai setahun lagi, aku masuk 14 Januari, ko tahu tak boss jawab apa???? "Engko ni niss ala berapa hari je tu lagi, kira setahun lah tu." KO RASA APA PERLU AKU RASA????


Sebak wehh, walaupun tak banyak tapi still ada bonus plus aku faham lagi lagi PKP kan time tu. And time tu juga aku naik pangkat as Marketing Manager :') taktau nak cakap macam mana tapi syukurnya ya Allah. Baik sangat, colleague tak ramai pun ada. Total dalam office termasuk boss 5 orang je tapi boss jaga kitaorang boekk punyaaa. They're like my family, sayang sangat!! Okay skip skip skip. Hujung tahun cam beshe bonus lagi. Wehhh aku naik pangkat lagiiiiii. As a Brand Strategist. Percaya betul bosses kat aku, sampai sebak aku cakap kat dorang jangan lah terlalu percayakan aku sebab aku ada juga buat salah itu ini, nak listkan pun segan. Dorang cakap it's normal manusia buat salah tapi dorang nampak banyak improvement aku tu yang dorang buat keputusan macam tu. Allah Allah, aku sayang dan rindu mereka.


Hujung bulan 9 tahun 2022, aku maternity leave selama 2 bulan. Toing toing toing! Keluarlah Hannah Dahlia tadaaaaa ahahaha dalam masa maternity leave tu aku bincang dengan husband untuk pindah ke Senawang, which is dekat sikit dengan tempat kerja my husband. SEDIH! Tapi itulah pengorbanan. Naik maternity tu semangat aku macam low sikit, sebab keputusan ni lah tapi aku act macam biasa dulu. Time appraisal tu baru aku bagitahu dorang, tapi aku tak terus resign. Aku inform awal awal dekat dorang dalam bulan 2 tahun 2023 baru aku resign. Dorang terpaksa relakan je tapi dorang okay sebab aku bagitahu awal. Aku pernah nekad dulu takkan cari kerja lain, melainkan rezeki family aku kat tempat lain. Masin mulut aku. Selama kerja sana tak pernah terdetik nak kerja tempat lain. Tapi terpaksa pindah untuk family kecilku ini, takpe. Mommy redha demi cinta hati mommy dua orang ni :')


Masih terngiang ngiang dan masih teringat lagi saat saat terakhir di sana. Farewell, pelukan, kata kata, tangisan. Semualah. Aku gigih tempah untuk setiap sorang small gift, sebagai tanda ingatan supaya dorang tak lupa aku. Berani lupa aku???? Till now aku masih menghantui mereka. Aku rindu, terlampau rindu! Semoga ada rezeki kita semua untuk jumpa <3


Xoxo,
Anisza